APA YANG MENARIKNYA AKTIVITI KEJIRANAN DI NEGARA LUAR NI ?




kawasan perumahan yang padat macam ni boleh buat aktiviti apa eh ? haa kalau nak tahu jom kita "explore".


Nampak tak betapa meriahnya penduduk di Brazil ?

Brazil boleh dikatakan sebagai negara yang berpenduduk padat . Brazil juga terkenal dengan tarian tarian yang dilakukan oleh penduduk di sesuatu kawasan , antara kegiatan kejiranan yang penduduk di Brazil lakukan ialah fiesta . Antara fiesta yang diadakan di kejiranan di Brazil ialah fiesta tarian . Fiesta tarian di Brazil akan diadakan pada setiap setahun sekali secara besar besaran . Nama tarian tersebut ialah Tari Samba . Kejiranan di Brazil mengeratkan hubungan mereka dengan bekerjasama untuk melansungkan acara Tari Samba ini . 

Selain Brazil , negara yang juga mempunyai kegiatan kejiranan yang menarik ialah negara kita sendiri iaitu Malaysia . Malaysia juga mempunyai kegiatan kejiranan yang memang dikekalkan adat dan budayanya agar setiap kejiranan mempunyai jalinan dan hubungan yang baik dan rapat . Antara negeri di dalam Malaysia yang mengekalkan adat dan budaya tersebut ialah negeri Johor . Johir juga terkenal sebagai negeri  yang bersatu padu . Di Johor , rewang merupakan adat dan tradisi sejak turun termurun di setiap kejiranan . Acara rewang diadakan supaya dapat mengeratkan lagi hubungan sebagai jiran tetangga . Selain acara merewang , Malaysia juga terkenal dengan aktiviti gotong royong , aktiviti ini memang sudah biasa dilakukan . Selain bagus untuk persekitaran kejiranan , aktiviti gotong royong juga membantu dalam memupuk nilai nilai murni dalam diri masyarakat kini terutamanya para pemuda . 


Negara kita juga terkenal dengan negara yang berbilang kaum dan bangsa , jadi amatlah penting untuk kita mengeratkan hubungan diantara kejiranan agar hubungan kita sentiasa akrab walaupun daripada kaum dan bangsa yang lain . 

Selain Malaysia , negara yang juga mempunyai pelbagai bangsa , kaum  dan budaya ialah negara Italia . Italia merupakan negara yang klasik dan sangat unik . Kejiranan di italia sangat mementingkan adat dan tradisi nenek moyang mereka . Para penduduk di Italia tidak melupakan tradisi yang nenek moyang mereka wujudkan . Kejiranan di Italia juga sering mengadakan festival kecil kecilan bagi mengeratkan hubungan dintara kejiranan . 

Bagi negara yang majoritinya menganut agama islam , cukuplah mudah bagi sesuatu kejiranan tersebut menjadi sangat akrab . Ini kerana , sudah menjadi kewajiban bagi lelaki muslim untuk menunaikan solat jumaat di masjid berdekatan . Dengan ini , umat islam akan saling mengenali antara satu sama lain dan menjadi rakan . Selain itu , agama islam juga mengajar penganutnya untuk sentiasa berbuat baik terhadap semua orang tidak kira umur , bangsa atau agama . Sedikit sebanyak agama islam telah membantu untuk membuatkan sebuah kejiranan itu menjadi harmoni .  

Comments

Post a Comment